Abang ipar cabul gadis 11 tahun ditahan polis di Miri

MIRI: Polis menahan seorang lelaki berusia 38 tahun kerana dipercayai mencabul pelajar perempuan berusia 11 tahun di Bandar Baru Permyjaya, semalam. 

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Supritanden Khoo Leng Huat berkata, suspek yang juga suami kakak mangsa didakwa bertindak menceroboh bilik pelajar itu ketika sedang tidur. 

"Suspek dikatakan membuka baju mangsa dan menghisap payudaranya. Aduan dibuat oleh biras mangsa selepas mengetahui kejadian itu daripada pelajar terbabit,"katanya, hari ini. 

Beliau berkata, mangsa tinggal dengan keluarga kakaknya selepas ibu dan bapa mereka bercerai sejak tahun 2015. 

Katanya, suspek akan direman hari ini dan kes itu disiasat Seksyen 354 Kanun Keseksaan. - BH

Comments