BINTULU: Seorang ibu telah menangkap anak perempuannya berusia 15 tahun bersama teman lelaki berusia 32 tahun di dalam bilik tidur anaknya dengan keadaan kedua-duanya tanpa pakaian di sebuah kawasan perumahan di sini pagi Sabtu lalu.
Menurut sumber, ketika ibunya pergi ke bilik anaknya itu, beliau mendapati anak dan teman lelakinya itu tanpa seurat benang dan mengaku telah mengadakan hubungan seks.
Marah dengan keadaan ditemuinya, ibu berkenaan menelefon suami di tempat kerja bagi membuat laporan ke balai polis.
Abang remaja perempuan ketika itu turut berada di rumah bertindak memukul teman lelaki adiknya itu menyebabkan kepalanya tercedera.
Polis kemudiannya datang ke rumah sejurus menerima panggilan sebelum membawa lelaki berkenaan ke balai polis bagi siasatan lanjut.
Lelaki berkenaan turut ditahan oleh polis bagi siasatan lanjut atas kesalahan mengadakan hubungan seks dengan remaja bawah umur.-UB
Comments
Post a Comment