Pejabat Ketua Menteri Nafi Minta Campurtangan Britain Mengkaji Semula Perjanjian Malaysia 1963


KUCHING: Pejabat Ketua Menteri Sarawak menafikan berita yang tular di media sosial hari ini mengaitkan sekumpulan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak telah menyerahkan petisyen meminta campurtangan kerajaan Britain untuk mengkaji semula Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Setiausaha Akhbar kepada Ketua Menteri Ambrose Cheng membuat laporan polis menafikan dan meminta pihak polis menyiasat pihak disebalik Facebook yang menggunakan nama Aman Shah itu.

Menurut Ambrose, Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg tidak pernah menyeluarkan sebarang kenyataan sedemikian.

“Status Facebook tersebut tidak benar, dan kami serah kepada Polis dan SKMM untuk menyiasat,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Beliau berkata, kenyataan palsu tersebut antara lain mendakwa Dewan Undangan Negeri Sarawak telah sebulat suara bersetuju untuk mengkaji semula MA63, dan turut disokong 630,000 petisyen.

Laporan polis dibuat di Balai Gita, beliau turut ditemani Setiausaha Politik Ketua Menteri Buang Hj Bolhassan dan Petrus Igat Mathias. - Sarawakiana




Comments