2 Pekerja Cedera, Kilang LONGi Terbakar di Sama Jaya

Kuching: 2 pekerja dikejarkan ke hospital selepas berlaku kebakaran di Kilang LONGi Kuching Sdn. Bhd. (LONGi Kuching), iaitu sebuah syarikat China di Sama Jaya High Tech Park di sini, pagi ini.

Jurucakap bomba berkata, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan dikejarka ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima laporan tentang kejadian itu pada pukul 7.11 pagi.

Beliau berkata, tiba di lokasi kejadian dalam tempoh 4 minit kemudian, bomba mendapati asap tebal menyelubungi kilang tersebut.

“Terdapat dua pekerja dilaporkan telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut tetapi tidak pasti sama ada mangsa cedera akibat melecur atau terhidu asap.

“Pihak bomba segera menjalankan operasi mengeluarkan asap dan keadaan terkawal pada pukul 7.25 pagi,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

LONGi Kuching merupakan syarikat China, iaitu Xi’an LONGi Silicon Materials Corp (LONGi) yang menumpukan pembuatan solar bersepadu bagi proses menghasilkan jongkong, kepingan, sel dan modul solar.

Comments