2 Suspek Pecah Rumah Warga Indonesia Kini Diburu Polis



KUCHING: Polis Sarawak kini mempergiatkan pemburuan dua lagi suspek pecah rumah yang dipercayai telah melarikan diri ke sempadan Indonesia di sini awal pagi tadi.

Difahamkan suspek merupakan perompak yang memecah masuk rumah milik sepasang suami isteri di Jalan Tondong, Batu Kawa sekitar jam 3 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, SAC Dato’ Dev Kumar ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit dan memberitahu seorang suspek berjaya ditahan ketika cuba melarikan diri bersama dua yang lain apabila dikesan pihak polis peronda di jalan sebuah ladang kelapa sawit menuju kearah sempadan negeri ini.

“ Mereka melarikan diri setelah melihat polis peronda melalui jalan berkenaan dan seorang suspek berasal dari Entikong berusia 29 tahun berjaya ditahan namun dua lagi suspek berjaya meloloskan diri dalam kegelapan,” katanya.

Dev menambah pihaknya turut merampas barangan hasil rompakan termasuk beberapa senjata tajam.

Kesemua suspek merupakan warga Indonesia dan kes akan disiasat dibawah Seksyen 392/397 Kanun keseksaan.-Sarawakiana



Comments