Lelaki Ditangkap Polis Kerana Buat Seks Dengan Remaja 16 Tahun Di Betong


BETONG: Cubaan seorang lelaki mengakui kesilapannya mengadakan hubungan seks dengan remaja bawah umur yang juga teman wanitanya membawa kepada penahanannya di sini semalam.

Jurucakap polis memberitahu, polis membuat penangkapan ke atas suspek berusia 26 tahun selepas bapa gadis berkenaan membuat laporan polis.

Siasatan awal polis mendapati, kejadian itu berlaku di sebuah kampung di Pusa di sini pada akhir Februari lalu selepas mangsa berusia 16 tahun mengikut suspek ke rumahnya.

Ketika sampai di rumah, suspek mengajak mangsa bersembang di dalam bilik sebelum melakukan hubungan seks.

Mangsa dipercayai balik ke rumah selepas kejadian dan bimbang untuk memberitahu perkara berkenaan kepada keluarganya.

Bagaimanapun selepas kejadian, suspek yang bimbang berlaku persetubuhan itu telah memberitahu ibu saudara teman wanitanya dan menyuruh melakukan pemeriksaan perubatan.

Ibu saudara mangsa turut memaklumkan kepada keluarga sebelum bapa mangsa membuat laporan polis.

Bertindak atas maklumat satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Pusa dan suspek ditangkap dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong untuk siasatan lanjut. -UB

Comments