Datuk Ditahan polis kerana disyaki cabul cucu tiri di Miri

MIRI: Seorang lelaki yang dipercayai mencabul cucu tirinya ditahan petang semalam. Difahamkan, perbuatan terkutuk itu dilakukan pada 14 Februari lepas.

Suspek ditahan polis di hadapan kedai selepas laporan kejadian diterima.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri, ACP Khoo Leng Huat, ibu mangsa menyedari mengenai kejadian tersebut selepas mangsa mengadu sakit di bahagian kemaluan.

Beliau berkata, pemeriksaan yang dijalankan mendapati terdapat kesan kemerahan pada kemaluan mangsa.

"Mangsa kemudiannya mendakwa datuk tirinya mencabulnya sebelum ini mengakibatkan ibu mangsa membuat laporan polis," katanya.

Khoo berkata, suspek kemudiannya dibawa ke Balai Polis Pusat Miri dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.-Sarawakiana

Comments