Kanang Anak Langkau Tokoh Pahlawan Iban Terbilang

Apabila memperkatakan tentang sejarah tokoh-tokoh pahlawan negara yang menentang komunis, pastinya nama seorang individu iaitu Pegawai Waran 1, mendiang Temenggong Datuk Kanang Anak Langkau antara yang menjadi sebutan kerana  keberaniannya menentang musuh-musuh negara.

Dikenali sebagai seorang tokoh pahlawan berketurunan Iban, nama mendiang turut tercatat dalam sejarah negara sebagai seorang insan yang begitu berani berhadapan dengan musuh demi menjaga kedaulatan negara.

Lantaran itu, syarikat produksi Tangan Seni Sdn. Bhd. mengambil inisiatif dengan menerbitkan sebuah filem berjudul Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior yang memaparkan kisah tentang perjuangan Kanang sepanjang menyertai angkatan tentera.

Bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara (termasuk Brunei) pada 16 MAC 2017, filem berkenaan diarahkan oleh Bade Hj. Azmi dan diterbikan oleh Zainal Fikri Mohd. Dali menerusi syarikatnya, Tangan Seni Sdn. Bhd.

Filem ini berkisar tentang Kanang merupakan seorang Iban, satu bangsa pahlawan etnik yang tinggal di kawasan ulu pendalaman Sarawak, di Pulau Borneo. Sepertimana kepercayaan kaum Iban yang anak-anak mereka dibesarkan menjadi pahlawan, Kanang diajar oleh datuknya tentang selok-belok hutan. Kanang menjadi pemburu dan penjejak hutan yang hebat, sehingga boleh membaca angin, mendengar nafas harimau dan singa, dan mendengar degupan jantung pokok. 

Tahun 1965 adalah kemuncak pemberontakan Komunis di Malaysia; dan Sarawak juga terdedah kepada ancaman kekejaman Komunis. Tentera British telah mengetahui tentang kepakaran dan kehebatan Kanang mengenai hutan dan cuba menarik minat beliau untuk berkhidmat dan membantu menentang militan Komunis. 

Kerjaya Kanang dalam tentera bermula apabila beliau menyertai Rejimen Renjer Sarawak sebagai Iban Tracker, sehinggalah dia menjadi Sarjan Mejar di Rejimen Renjer Ke-8 dalam Angkatan Tentera Malaysia.  Kanang bersama platunnya banyak berjuang menghapuskan militan komunis yang semakin mengganas di seluruh negara dari tahun 1948 sehingga 1983. 

Pertempuran sengit antara pengganas komunis dan pasukan keselamatan berlarutan hingga ke Hutan Korbu dan Tanah Hitam di Perak. Semasa pertempuran di Tanah Hitam, Kanang telah ditembak sehingga beliau cedera parah, namun beliau terus gagah berjuang sehingga berjaya menumpaskan pengganas Komunis. 

Sesuatu yang menarik tentang filem ini apabila watak Kanang telah dilakonkan oleh anak mendiang sendiri iaitu Langgi Anak Kanang selaku teraju utama serta beberapa pelakon popular lain seperti Adi Putra, Johan As’ari, Zach X-Factor, Adam Shahz, Livonia Guing, Ruzana Ibrahim dan ramai lagi.

Mula menjalani penggambaran pada bulan Februari 2014, antara lokasi yang menjadi pilihan untuk penggambaran ini antaranya seperti Taiping dan Ipoh di Perak serta Sri Aman dan Santubong, Sarawak selama 55 hari tempoh penggambaran.

Facebook:
https://www.facebook.com/kanangthemovie/?fref=ts

YouTube Trailer
https://www.youtube.com/watch?v=BCTTKw1Xizw

MAIN CAST & SUPPORTING NAME LIST

KELUARGA KANANG ANAK LANGKAU

Kanang anak Langkau  Langgi anak Datuk Kanang
Kanang anak Langkau (Muda)  Ranger Mampi anak Limbi
Helen Latai anak Ini  Livonia Guing
Helen Latai anak Ini (Muda)  Cleopatra Bibi Limah anak Minggu
Anak Perempuan Kanang  Barbra Esterina Beja

PLATUN

Lt Muda Johnson anak Meling  Lt Hotin anak Lukong
Lt Muda Mohana Kumaran A/L Ragupatty  Shanningavelu A/L Vellayah
Sarjan Ramli bin Othman  Saiful Akmar Salim
Korperal Omar bin Awang Tengah  Adi Putra
Korperal Mohd Nasir bin Mohd Nordin  Aidil Aziz
Korperal Michael Riman anak Bugat  Zach X-Factor
Lans Korperal Wan Shapuddin bin Abu Kassim  Johan As’ari
Lans Korperal Abang Salleh bin Abang Morshidi  Rosley Rusdi
Lans Korperal Rajagopal A/L Subramaniam  Ramachandran A/L Sundaram
Ranger Mustafa Kamal bin Majid  Adam Shahz
Ranger Kotap bin Buang  Kamal Kamarudin
Ranger Muniandy A/L Govindaraju  Sanpagan Sannasi
Ranger Ali bin Amit  Ali Arami Adzahar
Ranger Zakaria bin Akop  Muhammad Faiz
Ranger Baharuddin bin Yahya  Sofian Bujang
Ranger Abdullah bin Chik  Jay Iswazir
Ranger Mohammad bin Tisman (Semboyan)  Taufiq Hanafi
Ranger Azman (Semboyan)  Bonyca anak Chadat
Ranger Abdullah bin Harun  Rahimizan bin Abdul Rahim
Ranger Rosli bin Md Isa  Ahmad Rizal bin Mohd Fazil
Ranger Kanagasan  Selvakumar A/L Monogran

PARTI KOMUNIS MALAYA

Nam Yat  Jimmy Leong Siew Chai
Chin Hua  Jerica Lai Siau Fwei
Senah  Ruzana Ibrahim
Samy  Joseph Abraham

TENTERA BRITISH

Captain Mike Ayota  Ignas Versinkas
Commanding Officer  Ted Moxham
British Officer  Malcolm
Fighter  Haris Hadra
Commando  Philippe Michel Vigneron
Radioman  Geoff Andre Feyaerts
Helicopter Pilot  Robert Christopher Armstrong
Helicopter Co-Pilot  Stefan Andreas Kunath
Helicopter Engineer  Tom Hermanson Snickars

Colonel C. A. Loone  Don Punea
Josephine  Ummi ‘Aisyah Salim

PRODUCTION NAME LIST

PRODUKSI

Penerbit Eksekutif & Penerbit  Zainal Fikri Mohd Dali
Line Produser  Suria Zainal Taib
Mejar (B) Abd Rais Esa
Pengarah Filem  Badaruddin Haji Azmi
Penulis Skrip Asal  Asmira Suhadis
Olahan Skrip & Lakonlayar  Badaruddin Haji Azmi
Penolong Pengarah I  Dol Bin Baser
Penolong Pengarah II  Kelvin Tea Qwe Fuh
Pengurus Produksi  Zaidi bin Mat Zin
Penolong Pengurus Produksi  Peter Khong Soon Um @ Nate
Ahmad Sufian bin Ismail
Rashid bin Ramli
Siti Zuraidah binti Jamri
Nor Aida binti Abdul Gafar @ Gafoor

COMPANY BACKGROUND

Zainal Fikri Mohd. Dali merupakan pengasas dan pengerusi syarikat Tangan Seni Sdn. Bhd. yang ditubuhkan pada tahun 2008. Beliau sudah mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam industri hiburan termasuk penganjuran acara di Malaysia dan Brunei Darussalam.

Mula terlibat produksi drama televisyen sekitar tahun 1990-an dengan bekerja di HVD Production dan Nizarman Sdn. Bhd. Antara projek-projek program televisyen yang beliau terlibat adalah seperti drama bersiri Kembara Bermusim (30 episod), Penghujung Jalan (18 episod), Cinta Kunang-Kunang (15 episod).

Mempunyai kelulusan dalam Diploma Pengurusan Hotel dan Katering, Zainal akhirnya mengambil keputusan untuk menerbitkan filem Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior yang juga merupakan filem sulung terbitan Tangan Seni Sdn. Bhd.

Comments