Lagenda Gadis Sarawak Dipinang Buaya

Kisah ini benar-benar pernah terjadi pada tahun 2005.Nama kampung dirahsiakan. Menurut si pencerita, ada seorang wanita telah menjumpai sebuah plastik di pangkalan perahu mereka. Plastik tu kelihatan sangat kemas dan rapi.

Lepas tu, wanita tersebut lalu mengambil dan membuka plastik itu. Di dalam plastik tu ada terdapat emas,cincin,duit,sugu (crown masyarakat Iban) dan marik empang (manik-manik yang dipakai pada bahu).

Anak wanita tersebut lalu menegur ibunya, “Mak,tak usahlah ambil barang ni..takut nanti benda ni semua umpan buatan orang.”

Wanita tersebut tidak mengendahkan teguran anaknya itu malah memakai barang perhiasan tersebut tanpa memikirkan keburukan yang bakal terjadi.

Hari demi hari perangai dan perubahan yang berlaku pada ibu itu amat membingungkan anaknya.

Ibu nya selalu termenung, tengkuknya bersisik pada malam hari, tempat tidur ibu nya agak berpasir malah depan pintu rumah mereka turut berpasir dengan teruk.

Melihat keadaan ibunya semakin teruk, anaknya bergegas memberitahu kepada orang kampung.

Orang-orang kampung mencadangkan agar ibunya membuang barang yang telah ditemui dan diambil olehnya tempoh hari.

Wanita tersebut enggan sama sekali menurut arahan dengan alasan orang di kampung tersebut dengki terhadap dirinya.

Selang beberapa bulan, si anak telah mengalami mimpi aneh dimana beliau telah melihat 7 ekor buaya yang datang dari arah batang Rajang.

Ketujuh-tujuh ekor buaya itu menuju ke arah pangkalan mereka lalu naik ke darat dan berubah menjadi manusia setelah masuk ke rumah mereka.

Salah satu buaya tersebut berkata, “Ibu ini telah dipagar dan dikunci oleh Raja kami yang ingin memperisterikannya. Dia harus mengikut kami sekarang”. (Maksudnya di sini, ibunya telah dipinang dan diikat oleh Raja Buaya diorang).

Tanpa berfikir panjang, ibunya menurut lalu terjun ke sungai bersama dengan buaya-buaya tadi.

Keesokkan hari, anaknya terus memberitahu sekali lagi kepada orang kampung berkaitan tentang mimpi yang dialaminya.

Berbagai cara yang dilakukan untuk mengubati wanita tersebut malangnya selang seminggu selepas mimpi itu, beliau meninggal dunia dan roh wanita tersebut pulang ke sungai mengikuti buaya.

Comments