Lelaki Ditahan Polis Kerana Sorok Dadah Dalam Kereta Di Jalan Petanak



KUCHING: Seorang lelaki ditahan polis bersama dadah ketamin seberat 17 gram yang dianggarkan bernilai RM4,785 dalam serbuan di sebuah restoran di Jalan Petanak, di sini, petang semalam.

Penahanan suspek berusia 35 tahun itu dilakukan kira-kira jam 4.30 petang oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching hasil risikan serta maklumat awam.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, hasil soal siasat membawa kepada penemuan dadah berkenaan yang disorok di dalam kereta suspek.

Menurutnya, suspek yang juga penganggur itu dipercayai menjadi pengedar dadah berdasarkan penemuan dadah yang sudah dibungkus dalam plastik lutsinar.

“Suspek kini direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1) akta sama,” katanya.-myMetro

Comments