Lelaki Mengamuk Pecahkan Cermin Premis Digi Store Di Sibu

Sibu: Gempar petang tadi di Sibu apabila seorang lelaki mengamuk memecahkan cermin Premis Digi Store menggunakan kayu golf.

Sebelum kejadian lelaki berkenaan membawa kenderaan jenis Hilux sebelum bertindak memecahkan pintu kaca di premis tersebut dengan menggunakan kayu golf.

Menurut sumber selain premis berkenaan, banyak lagi premis Digi Sekitar Sibu turut menerima nasib yang sama dipecahkan lelaki berkenaan. Setakat ini kes masih dalam siasatan dan punca kejadian masih lagi tidak diketahui.

Comments