Masjid India Dijangka Siap Tahun 2018



KUCHING - Kerja-kerja pembinaan semula masjid tertua di negeri ini iaitu Masjid Bandar Kuching atau lebih dikenali sebagai Masjid India giat dijalankan dan dijangka akan siap pada 2018. Masjid ini merupakan salah satu masjid yang istimewa bagi warga Kuching iaitu masjid yang tertua dibina iaitu sekitar tahun 1834.

Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha menyatakan masjid yang terletak di Jalan Gambier tersebut telah memulakan kerja-kerja pembinaan pada Mei tahun lepas dan dijangka akan siap sepenuhnya pada 2018.

“Apabila sudah siap kelak masjid ini mampu menampung 1,600 jemaah dan tidak lama lagi negeri ini akan mempunyai masjid terapung seperti di Sabah dan Terengganu.

"Setakat ini, sebanyak RM14 juta telah dibelanjakan di mana ianya merupakan hasil  sumbangan daripada orang ramai, sewa kedai, dana Baitulmal serta geran kerajaan dan kami masih perlukan lebih banyak dana untuk projek ini," katanya selepas melawat kemajuan pembinaan semula masjid itu semalam.

Menurut Misnu, kos pembinaan ini melibatkan kerja pembinaan semula termasuk mengubah suai bangunan sedia ada di kawasan darat yang akan digunakan sebagai kedai komersial

Masjid ini akan menjadi satu lagi tarikan pelancong dimana masjid itu mempunyai konsep seni bina yang unik dan kedudukannya di sungai menjadikan pemandangan masjid itu begitu indah dan bagi mengekalkan nilai sentimental sejarah untuk Masjid India di Jalan Gambier akan tetap dipulihara dan tidak sama sekali akan dirobohkan kerana ianya tetap menjadi salah satu tarikan pelancongan di Kuching- Friends KLXpress Sarawak

Comments