Mayat Mangsa Baham Buaya Berjaya Ditemui



BETONG: Mayat seorang lelaki yang hilang disyaki dibaham buaya ketika mengikat batang rumbia ditemui di Sungai Undey pagi tadi.

Mangsa, Besimilah Rajali, 46, ditemui kira-kira 10.10 pagi tadi selepas hilang sejak semalam di sungai terbabit.

Menurut jurucakap bomba, mangsa dijumpai pada jarak 50 meter dari tempat kejadian.

"Keadaan anggota badan mangsa masih sempurna dan terdapat kesan gigitan di bahagian tangan serta di bahagian muka mangsa.

"Mangsa diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Betong untuk tindakan selanjutnya," katanya.-Sarawakiana

Comments