Mayat Remaja Hilang Dijumpai


KAPIT: Pencarian mangsa perahu karam Sabtu lalu berakhir selepas penemuan mayat mangsa terapung di SK Nanga Temalat Song pada jam 1.12 tengah hari tadi.

Mangsa Maxmecluess Kalat Tommy, 19 dilaporkan hilang dihanyutkan arus deras setelah perahu yang dinaiki bersama sahabatnya Jeffery Jamin, 17 karam disebabkan kerosakan enjin sebelum perahu berkenaan terbalik dan terperosok dibawah hadapan tongkang malam

Terdahulu, orang awam melaporkan melihat mayat terapung dihanyutkan arus dan operasi mengesan mangsa dilakukan serta merta sebaik sahaja laporan diterima.

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang dianggotai sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit, BBP Song, BBP kanowit dan beberapa agensi lain berserta penduduk kampung.

Operasi SAR ditamatkan pada jam 2 petang tadi sejurus penemuan mayat mangsa.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.-Sarawakiana

Comments