Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Ditimpa Kemalangan

Tatau: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun mengalami detik cemas selepas kereta pacuan roda yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di KM88 Jalan Sibu-Bintulu petang semalam.

Dalam kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 6.30 petang, Entulu bersama isterinya dalam perjalanan menziarahi saudara yang meninggal dunia di Rumah Chuat, Arip, Balingian.

Difahamkan semasa kejadian kereta yang dipandunya terbabas ke tepi jalan disebabkan keadaan jalan licin.

Sejurus selepas kejadian, beliau dihantar ke klinik untuk pemeriksaan dan dibenarkan pulang selepas didapati tidak mengalami kecederaan serius.

Entulu difahamkan dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur hari ini. -UB

Kenderaan dipandu Entulu terbabas ke tepi jalan.

Comments