Pasangan penerjun wanita negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong meraih pingat perak pada Kejohanan Terjun Siri Dunia Fina 2017 di Beijing semalam
Menurut laman web rasmi www.fina.org, pasangan Malaysia itu meraih perak setelah mengumpul 316.08 mata dalam acara 10m platform seirama wanita pada hari pertama kejohanan berkenaan.
Chang Yani/Ren Qia dari China memenangi pingat emas selepas mengumpul 340.26 mata, sementara pasangan Korea Utara, Kim Kuk Hyang/Kim Mi Rae meraih gangsa selepas mengutip 313.92 mata.
Pandelela-Jun Hoong merupakan pemenang pingat perak acara 10m platform seirama wanita pada Sukan Olimpik Rio 2016.
-Bernama
Comments
Post a Comment