Pencuri Kereta Ditangkap Polis Selepas Insiden Kejar Mengejar Di Bintulu

Bintulu: Ketua Polis Daerah Bintulu Superitendan Zailanni Amit mengesahkan berlaku insiden kejar mengejar di antara tiga buah kenderaan peronda polis  dan sebuah kenderaan pacuan empat roda curi, berhampiran lampu isyarat Jalan Nyabau menuju Kidurong malam tadi

Pemilik asal kenderaan pacuan empat roda segera membuat laporan polis sebaik menyedari kenderaannya dicuri.

Zailanni turut mengesahkan polis terpaksa melepaskan tembakan amaran ke udara apabila pemandu kenderaan enggan memberhentikan kenderaan walaupun telah pemandunya telah beberapa kali diarahkan memberhentikan kenderaan curi berkenaan.

Pemandu kenderaan terbabit juga cuba merempuh kenderaan peronda polis dalam usahanya cuba meloloskan diri dari terus dikejar polis.

Zailani turut mengesahkan lelaki akhirnya berjaya ditahan polis.

Comments