Penyamun Tumpas Ditangkap Polis Di Kampung Gersik

Kuching: Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua. Itulah yang terjadi kepada seorang lelaki hari ini apabila berjaya ditangkap polis pagi tadi di Kampung Gersik Petrajaya.

Menurut info awal, sebelum ditangkap polis, suspek bersama 3 lagi rakannya telah menyamun sepasang kekasih di kawasan Dewan Undangan Negeri Lama sekitar jam 9.30 malam tadi.

Pasangan kekasih tersebut yang sedang menaiki motosikal telah ditahan oleh 4 suspek yang bersenjatakan parang. Suspek kemudian menyamun mangsa. Antara barang-barang yang disamun dari mangsa ialah wang tunai sebanyak RM45, sebuah motosikal Honda Wave, HP Pintar dan beberapa dokumen penting. Semua Kerugian dianggarkan sekitar RM3 ribu.

Menurut info lagi teman wanita mangsa yang turut disamun, telah mengenali salah salah seorang suspek. Salah seorang suspek dikatakan berasal dari Kampung Gersik. Rentetan laporan yang diterima polis telah membawa kepada penangkapan suspek. Setakat ini kes masih lagi dalam siasatan pihak polis.

Comments