Seniman Lagenda Jins Shamsudin Meninggal dunia

Industri hiburan negara kehilangan seorang lagi permata seni tanah air, Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin.

Perkara itu disahkan oleh Persatuan Seniman Malaysia menerusi aplikasi WhatsApp petang tadi.

Seniman legenda itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 82 tahun.

Jins Shamsuddin, yang lahir pada 5 November 1935 mula bergiat aktif dalam lapangan seni sebagai pelakon dan pengarah filem.

Pada awal kariernya, beliau mendapat bimbingan seniman agung Tan Sri P Ramlee dan menjadi terkenal pada tahun 1950-an hingga 1970-an. -Malaysiakini

Comments