MIRI: Seorang petani cedera di kepala ditetak menggunakan parang oleh rakannya sendiri ketika minum minuman keras, petang semalam.
Sumber polis memberitahu mangsa, 40, dari Rumah Sg Sembawang, Suai Niah hanya cedera ringan dan mendapat rawatan sebagai pesakit luar.
Dalam kejadian 9.00 pagi itu, rakan mangsa secara tiba-tiba bertindak mencederakan mangsa gara-gara enggan makan hidangan yang dipercayai daging biawak.
Suspek marah dengan mangsa yang mempersendakan hidangan tersebut.
Mangsa kemudiannya membuat laporan polis dan polis menangkap suspek, 32 tahun yang berasal dari Rumah Sabang, Suai Niah kira-kira pada jam 5.30 petang.
Polis turut merampas sebilah parang sebagai bahan bukti kes. -UB
Comments
Post a Comment