Wanita Curi Telepon Bimbit Dicekup Polis Di Sungai Periuk, 2 Lagi Dicari

KUCHING: Seorang wanita ditahan selepas video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkannya melarikan telefon bimbit di *Tabuan Jaya* tular dalam Facebook.

Suspek wanita yang berusia *24* tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Kuching sekitar jam 2.30 petang semalam di *Kampung Sungai Periuk* di sini.

Dalam kejadian yang berlaku malam Jumaat lepas, pemilik kedai berkenaan menyedari empat unit telefon bimbit yang dipamerkan dalam rak cermin hilang dan pemeriksaan rakaman CCTV mendapati beberapa individu terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki tidak dikenali mengambil telefon tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata siasatan awal mendapati *wanita berkenaan pernah ditahan beberapa kali berhubung kes curi dan kes salah guna dadah*.

*"Hasil pemeriksaan saringan awal air kencing keatas wanita terbabit polis mendapati suspek positif dadah jenis Methampetamine (syabu),"* katanya.

*Usaha mengesan dua lagi suspek* diteruskan dan kes disiasat dibawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Comments