Warga Emas Hilang Di Sungai Batang Igan



DALAT: Seorang wanita warga emas dikhuatiri hilang di Sungai Batang Igan berdekatan Kampung Bungan Besar, dekat sini pagi tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Jini Tarubok, 75 dipercayai hilang selepas penduduk kampung menemui perahunya yang kosong.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak Tiong Lii Hii berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah memulakan operasi mencari mangsa di sekitar kawasan sungai Kut menuju ke Sungai Batang Igan disertai penduduk kampung.

Sehingga berita ini ditulis, punca dan keadaan terkini masih belum diketahui dan operasi mencari masih diteruskan.-Sarawakiana

Comments