30 Penyokong Manchester United Mati Terkena Renjatan Elektrik

30 orang penyokong Manchester United di khuatiri maut di Nigeria akibat daripada renjatan elektrik ketika menonton perlawanan Europa League pada awal pagi Jumaat.

Saksi kejadian mendakwa mereka melihat percikan api daripada sebuah unit transformer yang mencetuskan keadaan huru-hara di kalangan penyokong tersebut.

Kabel yang mempunyai arus elektrik bervoltan tinggi kemudian jatuh menghempap mereka. Insiden dilaporkan berlaku di sebuah pusat tontonan di tengah bandar Calabar.

Pihak kelab Manchester United F.C dan pejabat Kedutaan U.K turut mengucapkan takziah kepada kerajaan Nigeria atas tragedi berkenaan.Pihak berkuasa Nigeria menyifatkan insiden tersebut adalahsatu tragedi yang menyayat hati.

Comments