Anak Sarawak Dipilih Sebagai Timbalan Presiden BAM 2017

SUBANG JAYA: Tan Sri Abdul Aziz Husain  dipilih sebagai Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang baharu.

Pemilihan individu berkenaan adalah hasil keputusan sebulat suara Ahli Majlis BAM pada mesyuarat agung tahunan badan induk itu yang berlangsung tengahari tadi.

Senator Datuk V Subramaniam yang juga Presiden Persatuan Badminton Selangor pula dilantik sebagai Bendahari BAM.

Presiden baharu BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mengekalkan Datuk Ng Chin Chai bagi memegang jawatan Setiausaha Kehormat.

Comments