Bomoh Ditahan Polis Kerana Dituduh Merogol Isteri Orang

Miri: Seorang bomoh ditahan polis di Miri kerana dipercayai merogol seorang wanita di satu lokasi yang belum lagi dikenal pasti.

Menurut info awal, wanita berkenaan bersama suaminya dikatakan bertemu dengan bomoh berkenaan untuk mengubat wanita berkenaan supaya dapat mengandung.

Bagaimanapun bomoh yang berusia dalam lingkungan usia 50an tersebut telah membawa isteri lelaki berkenaan ke satu lokasi dan wanita berkenaan dikatakan tidak sedar diri telah mendakwa bomoh berkenaan telah merogolnya dalam kereta.

Setakat ini bomoh berkenaan telah pun ditahan polis dan direman selama 5 hari untuk siasatan selanjutnya

Comments