Chen Long Tarik Diri Daripada Terbuka Malaysia Di Kuchinh Akibat Kecederaan Pergelangan Tangan

KUCHING - Juara Olimpik Rio 2016, Chen Long dari China terpaksa menarik diri daripada aksi suku akhir Siri Super Premier Terbuka Malaysia selepas mengalami kecederaan pergelangan tangan kanannya ketika sesi memanaskan badan sebentar tadi.

Pilihan ketiga dalam acara perseorangan lelaki tersebut dijadualkan bertemu dengan pemain pemain Hong Kong, Wong Wing Ki kira-kira pukul 6 petang ini.

Susulan penarikan diri Cheng Long, Wing Ki layak secara automatik ke peringkat separuh akhir kejohanan badminton tersebut.

Wing Ki dijangka berdepan dengan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sekiranya beliau berjaya melepasi cabaran pemain dari Korea Selatan, Jeon Hyeok Jin dalam aksi suku akhir, malam ini. - K! ONLINE

Comments