Datuk Lee Chong Wei Tepati Ramalan, Jumpa Lin Dan Di Final Terbuka Malaysia

Kuching: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menepati ramalan awal apabila mara ke perlawanan akhir terbuka Malaysia sebentar tadi.

Dalam aksi perlawanan separuh akhir yang berlangsung di Stadium Perpaduan Kuching Sebentar tadi, beliau dengan mudah menewaskan pemain dari Hong Kong, Wong Wing Ki  21-12, 21-9

Rentetan dari kemenangan tersebut, beliau akan berjumpa dengan musuh tradisinya dari China iaitu Lin Dan, yang menewaskan pemain dari Korea Selatan dalam aksi separuh akhir petang tadi. 

Comments