Kuching: Ahli Lembaga Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Wee Hong Seng mempertahankan tindakan pihaknya meroboh suku daripada bangunan bersejarah dan ikon bandar raya Kuching, Open-Air Market semalam dan menyifatkannya sebagai tepat pada masanya.
Menurutnya, tindakan tersebut terpaksa diambil bagi menangani isu parit tersumbat selain pencemaran udara.
“Pada masa yang sama, ia akan mewujudkan ruang parkir yang luas dan selesa untuk teksi sewa, serta menjadikannya terminal pengangkutan awam yang strategik di bandar raya ini.
Marah dengan kenyataan tidak bertanggungjawab di laman sosial facebook, Hong Seng berkata, keputusan diambil setelah melalui proses perbincangan yang panjang.
Komen-komen di facebook sebelum ini mengecam tindakan DBKU yang disifatkan sebagai tidak sensitif kepada kawasan bersejarah adalah disangkal, katanya.
Disifatkan sebagai jantung bandar raya Kuching, Open-air Market yang terletak di hadapan Electra House pernah menjadi balai bomba pertama negeri ini, sebelum kemudiannya dijadikan terminal bas.
Di sini juga dilengkapi dengan medan selera yang menjadi tempat berhimpun pelbagai lapisan masyarakat dan antara yang terkenal ialah cakoi, ais batu cendol dan ais krim gula apong. – Sarawakvoice
Comments
Post a Comment