TEXAS: Angka 13 sering dianggap sebagai angka sial.
Bagi rakyat Malaysia, 13 Mei mengingatkan mereka kepada tragedi rusuhan kaum di Kuala Lumpur yang mengorbankan hampir 200 nyawa.
Justeru, ramai yang mengelak untuk menggunakan angka itu.
Bagi seorang dukun di sini, angka itu juga akan membawa satu lagi berita duka untuk warga dunia.
Perang Dunia III akan meletus pada 13 Mei ini.
Dukun berkenaan pernah meramalkan Donald Trump akan dipilih sebagai presiden Amerika Syarikat.
Horacio Villegas, dari Texas mengumumkan akan meledaknya Perang Dunia III yang dipicu oleh Donald Trump kepada The Daily Star.
Katanya, perang nuklear itu akan menyebabkan dunia kiamat pada Oktober.
Ramalan Villegas adalah di sebalik meningkatnya ketegangan antara Amerika Syarikat dengan Korea Utara.
Kebimbangan bakal meledaknya perang nuklear menguat setelah Korea Utara mengancam akan melancarkan bom nuklear ke wilayah Amerika Syarikat dan negara-negara tetangga yang menjadi sekutu Washington.
Ramalan itu dilontarkan oleh salah seorang pengikut Villegas. “Dalam mimpi aku melihat bola api berjatuhan dari langit dan jatuh ke bumi,” katanya dipetik sebagai berkata.
“Orang-orang berlarian. Aku percaya itu adalah simbol dari misil nuklear yang jatuh ke kota-kota dan melukai orang-orang di seluruh dunia,” kata pengikutnya itu.
“Perang Dunia III dipicu perintah salah yang akan membawa petaka yang mematikan,” ujarnya lagi. – Sarawakvoice
485
4
Share
0
Comments
Post a Comment