Gara-Gara Cabul Ibu Tunggal, Kakitangan Kerajaan Direman 3 Hari Di Miri

MIRI: Seorang kakitangan kerajaan yang ditangkap kerana disyaki mencabul kehormatan seorang ibu tunggal beranak tiga diperintah Mahkamah Majistret supaya direman tiga hari untuk membantu siasatan lanjut polis.

Suspek, 32, dan berasal dari Lubok Antu diperintah menjalani reman itu di lokap Balai Polis Pusat Miri mengikut peruntukan Seksyen 117 Kanun ProsedurJenayah.

Terdahulu menurut keterangan pegawai penyiasat, pada 16 April lalu, seorang ibu tunggal berusia 34 tahun membuat laporan polis mendakwa dicabul teman lelaki jiran sebelah rumah.

Dalam aduannya, mangsa mendakwa sekitar jam 2 pagi hari sama, ketika sedang nyenyak tidur di bilik tidur di rumahnya, tiba-tiba dia menyedari ada seorang lelaki sedang berbaring di sebelahnya sambil memeluk dan meraba di bahagian perut hingga ke dada serta cuba menciumnya.

Mangsa bingkas bangun dan memasang lampu bilik tidurnya serta mendapati seorang lelaki yang dikenali, namun tidak mengetahui namanya sedang berada di dalam bilik berkenaan.

Mangsa meminta lelaki terbabit yang dipercayai dalam keadaan mabuk segera keluar dari rumahnya.

Bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 5.20 petang 16 April, sepasukan polis diketuai Inspektor Mizlan Abdul Ghani telah menangkap seorang lelaki di sebuah rumah di Bandar Baru Permyjaya di sini kerana disyaki terlibat dalam kes itu.Tempoh reman ke atas suspek akan tamat pada 20 April ini. -Utusan Borneo Online

Comments