Individu Yang Keluar Kenyataan Kenyataan Jelik Di Laman Sosial Akan Terima Padah



KUCHING: Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang sengaja membuat kenyataan-kenyataan jelik, berbaur fitnah dan hasutan terutama di media-media sosial.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor berkata, tindakan sewajarnya akan diambil bagi mana-mana pihak yang ‘gatal mulut’ kerana amaran tegas telah diberi berkali-kali namun tidak diendahkan.

“Sudah banyak kali amaran dan nasihat diberikan supaya tidak sewenang-wenangnya membuat kenyataan terutama di laman Facebook dan kini adalah masa untuk pihak kami (polis) bertindak,” katanya dalam sidang media selepas majlis penyerahan motosikal berkuasa tinggi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mazlan turut menasihati orang ramai supaya tidak sengaja menimbulkan isu-isu sensitif yang boleh merosakkan kedamaian perpaduan di negeri ini.

Jelasnya, tidak sepatutnya perkara  yang merosakkan keharmonian berlaku.-Sarawakiana

Comments