Kes Buang Bayi Di Samajaya, Pelajar Di Dakwa Seksyen 302 Kanun Keseksaan

KUCHING: Seorang pelajar kolej berumur 23 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Kuching hari ini berikutan menyebabkan kematian bayinya yang baru lahir.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Betty Kuleh yang berasal dari Belaga itu.

Majistret Zulhairil Sulaiman, yang membicarakan kes tersebut mengarahkan supaya tertuduh terus ditahan di penjara sehingga selesai kes kerana tertuduh tidak boleh diikat jamin.

Beliau menetapkan 19 Mei ini untuk sebutan semula kes berkenaan sementara menunggu laporan kimia berhubung kes tersebut.

Pelajar tersebut yang tidak di wakili itu didakwa di bawah Seksyen 302 setelah di tuduh membunuh bayinya yang baru lahir di alamat No 102 Blok F Ground Floor Apartment Samajaya Muara Tabuan di Kuching pada pukul 6 pagi, 11 April lalu  

Comments

  1. sebolehnya janganlah benda2 macam ini berlaku lagi di negeri kita ni. Pertama: Dosa
    Kedua: Memalukan diri dan juga negeri
    Ketiga: Mengaibkan seluruh keluarga dan masyarakat setempat.
    Jika dah terlanjur tu, ikhtiarkanlah utk berkahwin. Anak luar nikah pun tak apa. Caci dan hinaan org kemudian hari tu tak kisah, janji budak tu selamat dilahirkan dan dipelihara. Sekurang2nya dapat mengurangkan dosa.

    ReplyDelete

Post a Comment