Kes Buang Bayi, Pelajar Kolej Berdepan Hukuman Gantung Sampai Mati

KUCHING: Pelajar wanita yang ditahan susulan penemuan mayat bayi perempuan di tapak pembuangan sampah sebuah pangsapuri di Samajaya di sini kelmarin berdepan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.

Demikian menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Datuk Dev Kumar selepas pihak forensik menjumpai bukti menunjukkan bayi terbabit masih hidup semasa dimasukkan ke dalam kotak tersebut sebelum dibuang.

“Bukti terkini yang diperolehi mendapati bayi perempuan yang baharu lahir terbabit didapati masih hidup semasa dimasukkan ke dalam kotak tersebut dan kemudian dibuang ke dalam tong sampah di pangsapuri Samajaya.

“Dengan bukti ini, polis mengklasifikasi semula kes tersebut sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Terdahulu, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.

“Suspek berusia 24 tahun itu direman selama tujuh hari sehingga 19 April ini dan kini dia masih mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS),” kata Dev.

Bayi terbabit ditemui di dalam sebuah kotak berwarna merah oleh seorang wanita, 36, iaitu tukang cuci di pangsapuri tersebut ketika hendak membuang sampah sekitar jam 10 pagi Selasa lepas.

Wanita tersebut yang terkejut melihat bayi berkenaan terus memaklumkan pihak pengurusan pangsapuri yang kemudian menghubungi pihak polis.

Anggota Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak juga dikerahkanke tempat kejadian dan bayi terbabit disahkan tidak lagi bernyawa oleh pegawai perubatan dari HUS.

Bertindak atas maklumat, suspek yang merupakan pelajar tahun ketiga sebuah kolej berdekatan dan tinggal di pangsapuri tersebut berjaya ditahan kira-kira dua jam kemudian oleh anggota JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching.

Siasatan polis juga mendapati bayi malang itu dilahirkan sekitar jam 6.30 pagi di dalam  bilik mandi pada hari kejadian. -Utusan Borneo Online

Comments

  1. Sebaiknya supaya menjadi peringatan kepada mereka diluar sana yg bakal melakukan perbuatan tersebut! Sekarang ni mereka semakin berani dan kita tahu berapa banyak kes seperti ini sudah berlaku walaupun sudah ditangkap tetapi mereka yang di luar sana masih berani kerana mungkin hukuman yg tidak mengerunkan.

    ReplyDelete
  2. Pihak lelaki juga patut disabitkan (kerana menyebabkan perempuan itu mengandung) dan harus terima hukuman yang setimpal. Sekiranya pihak perempuan sahaja dipersalahkan dan pihak lelaki terlepas dari hukuman, besar kemungkinan pihak lelaki akan mengulangi perbuatan zina itu dengan pasangan yang baru. Dan cerita yang sama akan berulang, di mana perempuan itu mengandung dan lelaki itu menghilangkan diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus gantung sampai mati perempuan Dan potong lancau lelaki itu.

      Delete
  3. Klu tak mau baby, bagi sj dgn org. Apa bikin mau buang...sudah buat salah, mau tambah lagi kah...

    ReplyDelete
  4. Yg ini kes berlaku di sarawak..knape kes yg terdahului yg berlaku di semenanjung malaysia tidak di hukum gantung sampai mati juga..npk tidak adil..budak2 remaja sekarang jauh terpesung akibat pergaulan bebas dan tidak ada batasan..siapa yg harus disalahkan.sad..

    ReplyDelete
  5. Yg ini kes berlaku di sarawak..knape kes yg terdahului yg berlaku di semenanjung malaysia tidak di hukum gantung sampai mati juga..npk tidak adil..budak2 remaja sekarang jauh terpesung akibat pergaulan bebas dan tidak ada batasan..siapa yg harus disalahkan.sad..

    ReplyDelete

Post a Comment