KUCHING: Seorang lelaki bertindak luar biasa apabila menutup laluan di Taman Eastern Park, Jalan Nanas Barat.
Penutupan itu dilakukan sejak pagi tadi menyebabkan orang ramai yang menggunakan laluan itu terkejut.
Dua kontena diletakkan untuk menutup jalan dengan notis diletakkan pada satu papan tanda dan badan kontena.
Lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Lee memaklumkan melalui papan tanda itu bahawa jalan itu ditutup sejak 16 Mac lalu.
Ini kerana beliau mendakwa tanah tersebut miliknya.
Mereka yang tidak berpuas hati boleh berhubung dengan peguamnya, yang turut diletakkan nombor telefonnya.
Ini merupakan kali pertama hadangan seumpama ini diadakan dan ia menyebabkan kesukaran kepada penduduk setempat.
Malah ia menghalang orang ramai untuk mengunjungi sebuah pasar raya di belakangnya.
Beberapa anggota polis turut kelihatan di kawasan berkenaan untuk mengawal keadaan.
Comments
Post a Comment