SIBU: Kawasan berhampiran Bukit Aup tempat sayap ayam ditimbus yang digali semula oleh penduduk setempat semalam, kini ditutup dan dikawal oleh polis.
Tinjauan Utusan Borneo ke lokasi itu pagi tadi mendapati empat anggota polis ditempatkan di kawasan itu untuk memastikan ia tidak diceroboh.
Difahamkan pihak polis telah ditugaskan mengawal kawasan itu sejak petang semalam.
Jalan masuk ke lokasi lebih satu tan sayap ayam ditimbus juga telah dikorek untuk memastikan ia tidak dapat dilalui oleh sebarang jenis kenderaan.
Sehingga berita ditulis, belum ada pihak tampil untuk memperjelaskan perkara sebenar.Dalam pada itu satu mesyuarat berkaitan isu itu telah diadakan di antara Jabatan Kastam Diraja Malaysia dengan jabatan-jabatan kerajaan berkaitan.
Namun demikian tiada sebarang kenyataan mengenai isu terbabit dapat diperolehi.Pun begitu, laporan penuh mengenai isu terbabit dijangka dapat diperolehi esok selepas Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sibu mengadakan sidang media pada jam 9 pagi di bilik jabatan berkenaan. -Utusan Borneo Online
Comments
Post a Comment