Mayat Lelaki Ditemui Terapong Di Sungai Kelebu, Tatau

TATAU: Mayat seorang lelaki berusia 40an tanpa identiti ditemui tersangkut pada bot tunda oleh orang awam di Sungai Kelebu dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tatau, Deputi Superintendan Dennis Bunyam berkata, mayat lelaki berkenaan ditemui orang awam sekitar jam 11.30 pagi tadi.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas mayat berkenaan mendapati tiada kesan kecederaan pada tubuh lelaki tersebut dan dipercayai sudah mati sejak dua hari lalu.” katanya

Menurutnya, mayat lelaki berkenaan ditemui berbaju T dan berseluar pendek berkemungkinan terjatuh sebelum dihanyutkan arus sungai.

Sehingga berita ini ditulis, mayat telah dibawa ke Hospital Bintulu untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian dan pada ketika ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - SARAWAKIANA

Comments