Pasukan Bolasepak Wanita Sarawak Cipta Sejarah, Jadi Juara Piala Tun Sharifah Rodziah

Miri: Skuad bolasepak wanita Sarawak mencipta sejarah apabila muncul juara Piala Tun Sharifah Rodziah 2017 petang tadi  setelah menewaskan Kedah dengan jaringan 1-0.  

Perlawanan yang disaksikan lebih kurang 3000penonton telah dilangsungkan di Stadium Miri.

Pada edisi yang ke-30 ini, Sarawak  telah mengenepikan nama-nama besar di saingan awal seperti Sabah dan juga PDRM, Di peringkat separuh akhir, Sarawak telah menewaskan pasukan PDRM menerusi penentuan sepakan penalti dengan jaringan 3-2. 

Manakala Kedah pula menewaskan Pahang di saingan sama dengan jaringan 1-0. Pada penentuan tempat 3/4, PDRM berjaya meraih tempat ketiga selepas membelasah Pahang dengan jaringan 4-1.

Tahniah dan terima kasih kepada skuad wanitayang telah memberikan sinar kegembiraan kepada rakyat Sarawak di sebalik kesuraman skuad lelaki di liga super. - Shoot Sampey Bisak Net Tiang Gol Ya

Comments