Pengamal Khurafat Dan Tahyul Ditahan JAIS Di Bintulu

BINTULU: Seorang lelaki Melayu dari Sabah disyaki menjalankan amalan khurafat dan tahyul antara yang diserbu oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) berikutan melakukan kesalahan syariah di sebuah rumah tumpangan di sini.

Serbuan itu dilakukan oleh 14 pegawai penguat kuasa JAIS dalam Ops Bersepadu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan pelbagai agensi sejak kelmarin dan berakhir semalam.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zailanni Amit berkata daripada operasi itu seorang bomoh yang menjalankan amalan khurafat di sebuah rumah tumpangan diserbu oleh pihak terbabit kerana menyalahi enakmen syariah.

Katanya peralatan lelaki terbabit berupa keris dan barang-barang untuk pembomohan turut dirampas dalam operasi itu.

Beliau berkata, keseluruhannya JAIS menangkap 10 orang membabitkan tujuh lelaki dan tiga wanita atas pelbagai kesalahan syariah.

"Ia merangkumi tiga kes membabitkan kesalahan khalwat dan tiga orang membabitkan kes minum arak," katanya.

Beliau berkata, kes lain adalah 10 orangpositif dadah di pasar lama dan tujuh orang lagi ditahan positif dadah di Sebauh.

Jelasnya, selain JAIS operasi itu turut diperkuatkan seramai 70 anggota PDRM, tujuh kakitangan Pejabat ResidenBintulu, tujuh anggota Jabatan Imigresen Malaysia, sembilan anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), tujuh anggota Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM), 43 kakitangan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), tujuhanggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan lima anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dengan keseluruhan 174 anggota.

Katanya, sasaran operasi adalah pusat hiburan, pasar lama, lalu lintas Kidurong dan Sebauh dan keseluruhannya berhasil menangkap 51 orang daripada 360 orang diperiksa.

Jelasnya, dalam kesalahan trafik, 61 saman dikeluarkan dan sepanjang operasi dijalankan semua dalam keadaanbaik dan terkawal."Kes membabitkan pendatang asing tanpa izin (PATI) di bawah Seksyen 6(1) Akta Imigresen, seramai 13 orang ditangkap melibatkan 10 lelaki dan tiga wanita," katanya sambil mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pihak dalam operasi itu. -Utusan Borneo Online

Comments