Pengawal Keselamatan Tidur Di Lokap Kerana Tepuk Punggung Wanita Di Miri

MIRI: Kerana “gatal tangan”, seorang pengawal keselamatan “mendaftar masuk” ke lokap polis, selepas menepuk punggung seorang wanita, yang juga rakan sekerjanya.

Pendaftar Mahkamah Rendah, Nur Hafizah Yatim meluluskan perintah reman selama dua hari terhadap pengawal berusia 48 tahun dari Skim Skuau, Batu 28, Jalan Oya itu untuk membantu siasatan setelah mangsa membuat laporan polis kerana gangguan seksual.

Sebelum itu, suspek ditahan sekitar jam 1.20 pagi pada Rabu lalu di Jalan Raja di sini.

Menurut Penolong Pegawai Penyiasat kes,  Sarjan Daveora Julaimi, berdasarkan fakta kes, mangsa yang berusia 26 tahun merupakan juruwang wanita di sebuah pasar raya di sini.

“Sekitar jam 8.55 pagi, pada Rabu lalu, ketika hendak memulakan kerja, suspek tiba-tiba menepuk bahagian punggungnya dengan tangan.

“Berdasarkan pengakuan mangsa, ini bukan kejadian pertama malah suspek pernah berbuat demikian beberapa kali sejak dua bulan lalu.

Kerana enggan gangguan seksual ini terus berlaku, selain berasa malu dipandang serong oleh rakan selerja, mangsa tampil membuat laporan polis. – Sarawakvoice

Gambar hiasan

Comments