Pesta Kaul Mukah 2017 Akan Sajikan Perbagai Aktiviti Kebudayaan Masyarakat Melanau


e

Mukah: Pesta Kaul Mukah yang bakal berlangsung pada 24 hingga 30 April 2017 ini akan diisi dengan pelbagai pengisian acara dan program sebagai tarikan kepada pelancong dalam luar negara ke pesta tahunan mesyarakat Melanau itu di Sarawak

Menurut Ahli Dewan Undangan Negri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi, upacara simbolik iaitu Kaul Serahang Kakan akan dilakukan di Sungai Tellian.

“Penyerahan ‘Serahang Kakan’ yang menyelusuri Sungai Tellian akan dilaksanakan sebagai petanda Pesta Kaul bermula pada 22 April,” katanya kepada media dalam satu sidang media baru-baru ini.

Turut hadir ADUN Tellian, Yussibnosh Balo.

Sementara itu, acara perasmian Pesta Kaum 2017 pula akan diadakan pada 29 April dan disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Tapak Pesta Kaul pada paginya dan upacara Keman Kaul pula akan diadakan pada sebelah tengah hari.

Sementara penutupan pula akan dilangsungkan pada hari keesokan 30 April 2017 oleh Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

Sepanjang pesta, pengunjung akan disajikan dengan pelbagai aktiviti antaranya Safari Memancing Kaul, Mukah Got Talent, Pertandingan Teluwaih Jinih

(Ratu Kaul), Kaul Fun Run dan sebagainya.

Selain itu, satu pertandingan tradisi ‘Luak Salui Lukut’ akan turut diadakan semula pada sepanjang pesta. -Friends KLXpress Sarawak

Comments