Polis Marin Rampas 300 Kayu Balak Bernilai RM84,500 Di Sarikei

Sarikei, 14 April 2017 - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Sarawak merampas 300 batang kayu balak pelbagai saiz dan jenis bernilai RM84,500 di kawasan hutan Nanga Strass, Bintangor, dekat sini, semalam.

Komander PPM Wilayah 5, ACP Salehuddin Mat Zaman berkata, rampasan dilakukan sepasukan empat anggota dari Unit Risikan Marin (URM) pada 7.30 pagi susulan hasil maklumat risikan.

"Pemeriksaan kami mendapati kesemua kayu balak yang ditemui itu tidak memiliki tanda cop serta dokumen dari Jabatan Perhutanan Sarawak (JH) dan Log Product Index (LPI)," ujar beliau.

Beliau turut menambah yang pihaknya telah membuat laporan polis hasil daripada penemuan kayu balak haram tersebut dan kes diserahkan kepada JH untuk tindakan lanjut mereka.

Comments