Polis Padawan Temui 25 Paket Ganja Di Padawan

Padawan -Sepasukan Polis dari Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan telah membuat serbuan di sebuah rumah dan telah berjaya menahan seorang lelaki (Melayu) yang berusia 24 tahun.

Semasa serbuan tersebut pihak polis telah berjaya menemukan 25 paket plastik kecil lutsinar berisi ketulan mampat ganja di dalam plastik bewarna hitam.

Suspek mengaku bahawa kesemua barang tersebut adalah miliknya dan ujian saringan air kencing telah dibuat pada suspek dan didapati suspek juga positif dadah THC (Ganja). Suspek telah ditahan dan dibawa ke balai untuk siasatan lanjut.

Comments