Polis Tahan Lelaki 21 Tahun Kerana Rogol Kekasih Bawah Umur Di Kuching

Kuching: Polis Kuching semalam telah menahan seorang pembantu kedai runcit di Kenyalang Park dekat sini, setelah disyaki merogol seorang gadis berusia 13 tahun.

Lelaki terbabit yang berasal dari Pending Heights ditangkap berhampiran pejabat pos sekitar jam 12.45 tengah hari tadi dan akan ditahan reman untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisoner Abang Ahmad Abang Julai berkata, suspek dipercayai telah memperkosa gadis tersebut yang tidak lagi bersekolah dan menganggur.

“Kita telah menerima laporan mengenai kejadian itu pada petang Selasa lalu, sebelum berjaya menjejak suspek.

Kes ini katanya, akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana melakukan rogol terhadap gadis bawah umur.

“Pihak penyiasat juga akan mendapatkan dna suspek untuk melengkapkan siasatan.”

Siasatan awal turut menunjukkan suspek tiada rekod jenayah lampau, tambahnya lagi. – Sarawakvoice

2144

 

 

0

Share

 

1

 

 

0

 

 

Comments