Polis Tahan Lelaki Hina Polis Traffic Di Facebook

Kuching: Gara-gara menulis kata-kata kesat kepada anggota polis di dalam facebook, seorang lelaki ditahan oleh polis semalam di sebuah kampung di Kuching.

Lelaki berkenaan yang menggunakan nama "Amirul Esok" dikatakan menghina dan menulis kata-kata kesat yang tak sepatutnya dilemparkan kepada anggota polis traffic  yang bertugas.

Dari posting yang ditulis, lelaki berkenaan dikatakan tidak berpuas hati dengan polis traffic kerana mengeluarkan saman kepada pesalah yang melakukan kesalahan di Stadium Negeri yang datang menyaksikan Autoshow.

Setakat ini kes masih dalam siasatan dan lelaki berkenaan telah ditahan oleh polis untuk siasatan selanjutnya.

Comments