Rakyat Sarawak Tetap Kenangi Pemergian 100 Hari Tok Nan


Kuching - Rakyat Sarawak pelbagai kaum mengenangi pemergian Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Haji Adenan bin Haji Satem atau lebih dikenali Tok Nan yang kini genap 100 hari.

Ini dapat dilihat di setiap media sosial di mana rakyat Sarawak memuat naik ucapan takziah dan mendoakan kesejahteraan sebagai menyanjungi dan menghormati Allahyarham Tok Nan.

Dalam pada itu, Laman Rasmi Tok Milah milik isteri Allahyarham, Datuk Amar Jamilah Anu turut berkongsi gambar-gambar balu Allahyarham bersama anak-anak dan cucu menziarahi pusara Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Samariang.

Ketika mana ramai yang meratapi pemergian Allahyarham, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu itu mengajak orang ramai bersedekah al-fatihah kepada arwah.

"Rindu dan kasih sik pernah pudar untuk Almarhum Tok Nan," tulisnya di dalam Laman Rasmi Tok Milah sebagai mengimbau kembali arwah bersamanya.

Dalam pada itu, Laman Rasmi Tok Milah turut memuat naik dengan memaklumkan satu majlis tahlil 100 hari Tok Nan akan diadakan di Masjid Daerah Lundu pada hari ini, jam 6.30 petang.

Adenan, Ketua Menteri Sarawak ke-5 meninggal dunia pada 11 Januari lepas di PUsat Jantung Kota Samarahan ketika berusia 72 tahun.

Pemergian Allahyarham menyebabkan seluruh rakyat Sarawak menangis dan bersedih di atas pemergian yang amat disanjungi ramai. - Friends KLXpress Sarawak

Comments