Saksikan Temu Bual Ekskusif Ketua Menteri Sarawak Di Astro Awani 501 Malam Ini

KUCHING - Saksikan temu bual eksklusif Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg bersama hos Astro Awani Kamarul Bahrin Haron di Saluran 501, Astro Awani jam 8.30 malam ini.

Temu bual eksklusif ini akan membincangkan manfaat yang akan diperolehi kerajaan negeri Sarawak selepas penganjuran Persidangan Infrastruktur Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi dan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) 2017 yang telah berlangsung 3 dan 4 April lepas.

Seterusnya, membincangkan hala tuju dan pentadbiran yang dibawa Ketua Menteri Sarawak ke 6 dalam tempoh 100 hari dan hari-hari seterusnya dalam memacu perkembangan ekonomi Sarawak ke arah mencapai negeri maju 2030. -KLXpressSarawak

Comments