Seorang Maut 2 Cedera Ditikam Lelaki Indonesia Mabuk

Miri: Seorang maut manakala 2 lagi cedera akibat ditikam oleh seorang lelaki warga Indonesia dalam satu kejadian di sebuah kantin di Bekenu semalam.

Sebelum kejadian, suspek yang dalam keadaan mabuk dikatakan membawa motosikal dan merempuh kantin berkenaan.

Akibat perbuatan suspek, rakan-rakan suspek kemudian menasihati agar suspek pulang kerana suspek dalam keadaan mabuk.

Namun suspek berdegil dan terus mengeluarkan pisau dan terus menikam ketiga-tiga rakannya yang berada dalam kantin tersebut.

Akibat tikaman dari suspek, 2 rakan suspek, (Warga Indonesia) dan seorang lagi maut (Lelaki tempatan) ditempat kejadian.

Setelah menikam suspek, suspek dikatakan melarikan diri dari tempat kejadian. Setakat ini semua mangsa telah pun dihantar ke hospital untuk tindakan selanjutnya. -Kamek Miak Sarawak

Comments