Siaran Langsung Bersama Ketua Menteri Sarawak Di TV1

KUCHING - Sebuah rancangan khas Bersama Ketua Menteri Sarawak akan diadakan secara langsung pada 24 April ini  (Isnin) di saluran TV1.

Seperti sebelum ini, rancangan khas ini akan membawa kepada penonton khasnya di Sarawak mengenai pencapaian 100 hari YAB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg sebagai Ketua Menteri Sarawak ke-6 menggantikan Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Haji Adenan bin Haji Satem.

Penonton boleh mengemukakan persoalan secara atas atas talian dengan menggunakan media sosial aplikasi Fan Pages Bersama Ketua Menteri.

Rancangan ini akan mengutarakan kejayaan dan pencapaian serta hasrat Ketua Menteri sepanjang 100 hari pentadbiran yang jatuhnya pada Sabtu, 22 April 2017 selain aspirasi YAB Datuk Abang Jo dalam membawa Sarawak maju menjelang tahun 2030.

Rancangan khas ini akan dikendalikan moderator terkenal tanahair Syed Munawar dan dibawakan secara langsung oleh RTM. -Friends KLXpress Sarawak

Comments