Watson Nyambek Harus Dikenang Dan Dihargai Bukannya Dicaci

Saya amat terkilan dan terkejut dengan video mempersendakan bapa bekas Raja Pecut Negara,  Watson Nyambek yang sedang viral di media sosial.

Meneliti dan mengamati video itu yang disiarkan kepada umum, saya tidak melihat akan kecenderungan pengacara untuk memperingati jasa Watson Nyambek kepada industry sukan negara.

Saya juga kesal kerana rancangan sebegitu yang terus disiarkan tanpa tapisan dan suntingan daripada pihak penerbit dan seterusnya mengguris perasaan seseorang penyumbang kepada nama baik negara.

Ini adalah satu penghinaan yang tidak sepatutnya berlaku sama sekali kerana kita tahu akan nilai hormat menghormati sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Saya membuat kenyataan ini bukan atas kapasiti sebagai anak Sarawak semata-mata tetapi sebagai rakyat Malaysia yang cintakan nilai kesederhanaan dan toleransi.

Telatah dan expresi pengacara yang mengembek seperti kambing untuk mempersendakan Watson Nyambek menunjukkan betapa rendahnya akhlak dan moral seorang pengacara.

Saya bersama rakan-rakan Pemuda Keadilan Sarawak, amat kecewa dengan kejadian ini dan berharap satu tindakan tegas diambil keatas syarikat penerbit dan pengacara.

Sekian.
Musa Anak Ngog
Ketua Angkatan Muda Keadilan
P198 Puncak Borneo, Sarawak.

Comments