Serian FA Selangkah Lagi Catat Sejarah, Menang Aksi Pertama Perlawanan Akhir Liga Bolasepak Rakyat 2017
Kota Bharu: Serian FA selangkah lagi untuk mencatat sejarah apabila berjaya menewaskan Gua Musang dengan jaringan 1-0 pada perlawanan akhir pertama Liga Bolasepak Rakyat malam tadi.
Beraksi di Stadium Sultan Muhamad lV, Serian yang mewakili Sarawak diserang bertubi-tubi oleh Gua Musang. Namun kekebalan penjaga gol Serian iaitu Rizal Ahmad menafikan banyak cuban pihak lawan.
Gol kemenangan Serian diperolehi pada minit ke 48 menerusi Mahadi Razak. Apa yang menariknya dengan kemenangan tersebut Serian setapak lagi untuk bergelar juara dan 21 Mei depan akan menjadi penentu. Apabila kedua-dua pasukan akan beraksi pada perlawanan akhir kedua di Stadium Negeri. -Kamek Miak Sarawak
Comments
Post a Comment